PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM KUTIP SAMPAH SAMBIL RIADAH (KUDAH) BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 27/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KUTIP SAMPAH SAMBIL RIADAH (KUDAH) BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/10/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

BANTING, 7 Oktober 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dengan kerjasama Rakan Strategik Alam Sekitar iaitu Shin-Etsu Malaysia Sdn Bhd, WCT Holdings Berhad dan Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Kolej Komuniti Kuala Langat telah menjalankan Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Selangor di Pantai Kelanang, Banting. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Antara aktiviti pengisian yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah senaman regangan badan, aktiviti pembersihan di sekitar Pantai Kelanang, pertandingan kutipan sampah terbanyak dan pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar. Seramai 80 orang telah terlibat menjayakan aktiviti mengutip sampah di Pantai Kelanang. Anggaran 220kg sampah telah berjaya dikutip semasa program tersebut. Program KUDAH diadakan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan sungai serta memupuk rasa cintakan alam sekitar. Persekitaran yang bersih pastinya dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan