PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM KUDAH DAN PENANAMAN 1000 POKOK BAKAU BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) - PROGRAM 1 RAS 1 POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023

DOE Selangor 27/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KUDAH DAN PENANAMAN 1000 POKOK BAKAU BERSAMA RAKAN ALAM SEKITAR (RAS) - PROGRAM 1 RAS 1 POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/10/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

14 Oktober 2023, Sabak Bernam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Rakan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Student Chapter, Sahabat Alam Malaysia, Mr. D.I.Y, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDHS) dan Sahabat Hutan Bakau Kg. Dato’ Hormat telah menganjurkan bersama program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) dan penanaman 1000 pokok bakau bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) - Program 1 RAS 1 Pokok Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 Peringkat Negeri Selangor di Denai Tebuk Medeling, Sabak Bernam. Program ini adalah sebagai sokongan kepada Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 di bawah kementerian ini yang menjadi agenda Nasional, dan Rakan Alam Sekitar (RAS) komited mengambil bahagian dalam pelaksanaannya. Sambutan Hari Alam Sekitar Negara di Negeri Selangor ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat dalam usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Seramai 160 orang peserta telah menyertai program ini dan telah berjaya menanam 1000 pokok bakau.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan