PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM DAN MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DOE Selangor 27/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM DAN MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/10/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

PROGRAM DAN MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 4 Oktober 2023, Klang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Kolej Vokasional Klang telah menganjurkan Program dan Majlis Perasmian Sambutan Hari Ozon Sedunia 2023 Peringkat Negeri Selangor bertempat di Dewan Bestari, Kolej Vokasional Klang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah JAS Negeri Selangor. Program dan Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 300 jemputan yang terdiri daripada warga Kolej Vokasional Klang dan jemputan pelbagai agensi. Tema Hari Ozon Sedunia pada tahun ini ialah "Montreal Protocol: Fixing the Ozone Layer and Reducing Climate Change" yang menunjukkan peranan Montreal Protocol yang bukan sahaja melindungi lapisan ozon tetapi juga mengurangkan impak kepada perubahan iklim. Pada sambutan Hari Ozon Sedunia pada tahun ini, JAS Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk mensasarkan pelajar-pelajar yang mengikuti Sijil dan Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan kursus yang berkaitan kerana pelajar ini merupakan bakal tenaga kerja yang akan terlibat secara langsung dengan bidang ini pada masa akan datang. Pelbagai program dan aktiviti menarik telah diadakan antaranya ialah: ??? Senamrobik- Morning Dance Day ??? Ceramah Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon ??? kuiz Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon ??? pameran ??? pemeriksaan ujian refrigerant identifier ??? program pengumpulan e-waste JAS Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan tertinggi Kolej Vokasional Klang yang diterajui oleh Pengarah iaitu YBrs. Tuan Haji Ederin bin Haji Amid, tenaga pengajar dan para pelajar Kolej Vokasional Klang, syarikat-syarikat pempamer dan agensi-agensi yang turut hadir pada majlis tersebut menjayakan Sambutan Hari Ozon Sedunia 2023 Peringkat Negeri Selangor.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan