Penerangan
BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM ESWIS (HANDS-ON TRAINING ON RECORD KEEPING AND REPORTING OF ELECTRONIC SCHEDULED WASTE INFORMATION SYSTEM) ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DENGAN KERJASAMA KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN JAS SELANGOR (KESAS)
27 September 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan JAS Selangor (KESAS) telah menganjurkan Bengkel Penggunaan Sistem ESWIS (Hands-On Training on Record Keeping and Reporting of Electronic Scheduled Waste Information System) bertempat di IDCC Shah Alam, Dataran Automobile, Seksyen 15 Shah Alam. Bengkel yang dijalankan secara dua sesi iaitu pagi dan petang telah dihadiri seramai 360 orang peserta.
Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan satu platform kepada pihak industri untuk meningkatkan kemahiran dan penggunaan aplikasi eswis dalam pengurusan buangan terjadual selari ke arah pelaksaan melalui Guided Self-Regulation (GSR).