Penerangan
SEMINAR MELESTARIKAN ALAM SEKITAR MEMACU PEMBANGUNAN MAMPAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU MENDAPAT SAMBUTAN
KUALA TERENGGANU , 4 OKTOBER 2023 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Alam Sekitar Negeri Terengganu (KASTER) telah berjaya menganjurkan Seminar Melestarikan Alam Sekitar Memacu Pembangunan Mampan, Peringkat Negeri Terengganu pada 2 Oktober 2023.
Seminar ini dianjurkan bagi memberi maklumat terkini dan meningkatkan kesedaran dan pemahaman pemaju projek, jururunding EIA, pegawai Alam Sekitar (Environmental Officer-EO), orang berwibawa (Competent Person) dan lain-lain berhubung dengan keperluan mematuhi peruntukan perundangan dan notis pemakluman di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
Seminar ini juga menyediakan platform kepada semua pihak yang berkepentingan untuk berdialog dengan pengurusan Jabatan.
Selain itu pameran daripada pihak syarikat yang mempunyai peranan dalam membantu pihak industri menguruskan alam sekitar dengan lestari selaras dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan turut menjayakan seminar ini.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan seminar ini.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama