Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DAPAT CEGAH PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 14 OKTOBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu.
Rondaan dan pemantauan juga dilakukan di kawasan penempatan kilang-kilang dan dan tapak pelupusan sampah serta kawasan pantai. Tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama