Penerangan
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN
KEMAMAN, 8 OKTOBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Sabtu, 7 Oktober 2023.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan sekitar Chukai, Binjai, Mak Lagam, Geliga, Kuala Kemaman, Bukit Kuang, Mak Chili,Telok Kalong dan Kijal mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai.
Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dipasang di kawasan Mak Lagam kerana terdapat longgokan sisa yg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka.
.Rondaan dan pemantauan juga dibuat di kawasan penempatan kilang-kilang di kawasan Perindustrian Telok Kalong, tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut.
Penamtauan di kawasan persisir pantai Kuala Kemaman menunjukkan tiada sebarang tarbal dikesan.
Pemantauan check dam di Mak Lagam TCD 45 lokasi sg di Kg. Mak Lagam berada pada keadaan yang baik.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama