Penerangan
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN
KEMAMAN, 13 OKTOBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Jumaat, 6 Oktober 2023.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan disekitar Chukai, Binjai, Mak Lagam, Geliga, Kuala Kemaman, Bukit Kuang, mak Chili,Telok Kalong, Kijal menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai.
Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dipasang di kawasan Mak Lagam kerana terdapat longgokan sisa yg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka.
Rondaan dan pemantauan juga dilakukan di kawasan penempatan kilang-kilang, kawasan pantai dan kawasan penempatan kemudahan infrastruktur mencegah kebakaran di tanah gambut, taiad kejadian yang tidak diingini berlaku dikesan dan tiada kes-kes abnormal dijumpai.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama