Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DAPAT CEGAH PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 8 OKTOBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Jumaat, 6 Oktober 2023..
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, pasukan penguatkuasa menemui satu (1) longgokan timbunan pokok di Kg Tembila,Besut. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tersebut.
Rondaan dan pemantauan juga dilakukan di kawasan penempatan kilang-kilang dan dan tapak pelupusan sampah serta kawasan pantai di ketiga-tiga daerah tersebut. Tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama