Penerangan
BEROPERASI TANPA LESEN SYARIKAT DIDENDA RM12,000
Kuala Terengganu 3 Oktober 2023: Sebuah premis di Kampung Bukit Kuing, Mukim Banggul, Kemaman didenda RM12,000.00 selepas pemiliknya mengaku salah menjadikan premis sebagai kemudahan pemerolehan kembali luar tapak tanpa lesen oleh Jabatan Alam Sekitar.
Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Kemaman, Wan Suhaila Mohd, pada 27 September 2023 , rabu.
Mengkut kertas pertuduhan pihak syarikat telah menjadikan premis berkenaan sebagai kemudahan pemerolehan kembali luar tapak tanpa terlebih dahulu memegang suatu lesen di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kes disiasat dibawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membawa hukuman denda maksimum tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Sementara itu, Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd. Rahman dalam kenyataan berkata, kemudahan pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual hanya boleh diuruskan di premis-premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja.
Ia bagi mengelakkan isu-isu pencemaran jika diproses tanpa mengikut prosedur yang betul dan tidak menggunakan alat kawalan pencemaran yang sesuai.
Ia juga bagi mengelakkan pelupusan haram buangan atau sisa yang tidak boleh dikitar semula ke tanah, longkang, sungai dan sebagainya.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama