PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

LAWATAN PELAJAR PRAKTIKAL KE STESEN-STESEN PENGAWASAN DI NEGERI MELAKA

DOE Melaka 13/10/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN PELAJAR PRAKTIKAL KE STESEN-STESEN PENGAWASAN DI NEGERI MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
13/10/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

12 Oktober 2023, MELAKA - Unit Pengawasan  Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah membawa seramai 6 oarang  pelajar praktikal melawat stesen stesen pengawasan yang ada  di negeri Melaka pada 11 Oktober 2023. Antara stesen yang di lawat adalah Stesen pengawasan udara automatik di  Sekolah Menengah Sri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka  yang mana memberikan bacaan IPU  di kawasan berdekatan. Stesen seterusnya adalah stesen pengawasan air tanah  di Kompleks Kecermelangan Bahan Berbahaya , Taboh Naning yang mempunyai kedalaman telaga 21.10 meter. Lawatan stesen terakhir adalah stesen pengawasan  sungai automatik di Durian Tunggal Alor Gajah. Stesen ini memantau  kualiti air Sungai Melaka sebelum sampai ke takat pengambilan air . Lawatan ini memberikan pendedahan kepada pelajar praktikal  berkenaan  pemantauan kualiti udara , air tanah dan sungai demi kepentingan rakyat  khususnya dan kerja-kerja  berkaitan  dengan Jabatan Alam Sekitar . Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. #KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama #jasnegerimelaka