Penerangan
10 Oktober 2023, MELAKA - Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyertai operasi bersepadu yang diadakan bertempat di tepi jalan Lebuh AMJ - Sungai Rambai dengan kerjasama Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin pada hari ini.
Operasi kali ini memfokuskan penguatkuasaan di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996. Maklumat operasi adalah seperti berikut :-
Ujian visual - 100 buah kenderaan
Ujian meter - 32 buah kenderaan Hasil operasi, tindakan diambil adalah: -
Notis Arahan - 2
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasnegerimelaka