Penerangan
KUANTAN, 6 Oktober 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menganjurkan Bengkel Pengendalian Dron Bagi Pemantauan Tanah Gambut Kepada Juruterbang Dron dari kalangan pegawai JAS Pahang. Bengkel selama 3 hari ini bermula pada 4 oktober 2023 sehingga 6 Oktober 2023.
Aktiviti bengkel merangkumi perundangan berkaitan dron, prosedur operasi pengendalian dron, keselamatan dan penyelenggaraan dron pada juruterbang.
Selain itu peserta didedahkan teknik dan kaedah merakam imej berkualiti bagi tujuan siasatan pembakaran terbuka, terutama yang melibatkan tanah gambut.
Perasmian penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengarah JAS Pahang, Tuan Haji Wandi Yadzid bin Haji Yaakob.