Penerangan
KUANTAN, 26 September 2023 - Pengarah JAS Pahang telah menerima satu kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Kaneka (Malaysia) Sdn. Bhd.
Kaneka (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan salah satu industri yang berdaftar di bawah Chemical Industries Council. Turut hadir di dalam kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengarah Operasi JAS Kuantan dan Ketua Cawangan JAS Cawangan Gebeng.
Sesi perbincangan ini turut memaklumkan kepada Pengarah JAS Pahang mengenai program yang dirancang serta membincangkan isu - isu semasa alam sekitar yang dihadapi.