Penerangan
KUANTAN, 26 September 2023 - Unit Penilaian EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah membuat lawatan tapak cadangan projek di Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang yang dihadiri oleh penggerak projek dan perunding.
Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat dan melihat keadaan semasa tapak sedia ada mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini diluluskan.
Cadangan projek ini berkeperluan untuk menyediakan laporan EIA kerana aktivitinya yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.