PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KILANG MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN

DOE Pahang 12/10/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG MINYAK KELAPA SAWIT MENTAH DIKENAKAN TINDAKAN PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
12/10/2023
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

ROMPIN, 22 September 2023 - Sebuah kilang minyak kelapa sawit mentah yang terletak di Mukim Keratong, Daerah Rompin telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Rompin kerana gagal memasang sistem kawalan pencemar udara yang sesuai bagi mematuhi standard pelepasan ditetapkan di bawah peraturan 12 dan 13 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) diambil bagi menghentikan pencemaran udara dari terus berlaku. Selain itu, premis diarahkan untuk mengambil langkah-langkah pembaikan dalam tempoh tersebut. Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam (Udara Bersih) 2014. Jika disabitkan kesalahan, premis boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan