Penerangan
GEBENG, 12 September 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dan JAS Cawangan Gebeng menyertai Latihan Simulasi Pengurusan Bencana Pelbagai Agensi, Disaster Management Exercise (D-MEX) Gebeng Tahun 2023 yang dianjurkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang.
Latihan yang diadakan di Dangerous Goods (DG) Yard, Pelabuhan Kuantan ini bertujuan untuk mengukur tahap kesiapsiagaan serta kaedah pengurusan dalam menangani bencana oleh setiap agensi yang terlibat di Kawasan Perindustrian Gebeng merupakan salah satu kawasan berisiko tinggi bencana berlaku.