PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MESYUARAT MEMBINCANGKAN MENGENAI CADANGAN PELABURAN BARU BAGI SYARIKAT KUMPULAN KIBING, CHINA

DOE Sabah 12/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT MEMBINCANGKAN MENGENAI CADANGAN PELABURAN BARU BAGI SYARIKAT KUMPULAN KIBING, CHINA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
12/10/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

??? MESYUARAT MEMBINCANGKAN MENGENAI CADANGAN PELABURAN BARU BAGI SYARIKAT KUMPULAN KIBING, CHINA ?? ???? Tarikh: 5 Oktober 2023 (Khamis) ?? Masa: 2.00 - 4.00 Petang ?? Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Wisma Kewangan, KK ????????? Pengerusi: YBhg. Datuk SUT MIDE Sabah ????????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM ?? Ringkasan Laporan Mesyuarat: ?????????? Aktiviti yang dicadangkan adalah kilang pengeluaran produk polysilicon untuk pembuatan komponen bateri solar dan pembuatan kaca untuk solar glass dengan kapasiti melebihi 100 tan sehari dan melibatkan pembinaan loji janakuasa elektrik (self-built power plant) untuk kegunaan kilang. ?????????? Lokasi tapak belum dapat ditentukan. Antara lokasi yang dikenalpasti, di POIC, Lahad Datu, kawasan perindustrian baru di Kudat dan Kimanis, Papar. Pemaju Projek adalah anak syarikat kepada Kibing Group. ?????????? Teknologi dan bahanapi yang dikenalpasti dan yang akan diterokai adalah menggunakan "biomass coupled powerplant" dengan kombinasi bahanapi biojisim dan arang batu. Pihak Kibing juga melihat kepada potensi menjalankan aktiviti perlombongan arang batu di Sabah. ?????????? Pihak Kibing telah maklum bahawa aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 6(a): Industri Kimia, bagi aktiviti pengeluaran polysilicon dan Jadual Kedua, Aktiviti 11, Perintah EIA 2015 bagi aktiviti pembinaan loji janakuasa arang batu. ?????????? Sesi mesyuarat lebih kepada membincangkan cadangan lokasi tapak yang sesuai dengan mengambilkira keluasan tanah yang diperlukan, kemudahan utiliti dan infrastruktur yang tersedia serta lokasi perlombongan bahan mentah, bahanapi dan jeti persendirian yang akan dibina.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan