PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PERBINCANGAN IBR BORNEO AWARDS 2023 - JEMPUTAN SEBAGAI PANELIST - INVESTMENT OPPORTUNITIES IN BORNEO

DOE Sabah 12/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PERBINCANGAN IBR BORNEO AWARDS 2023 - JEMPUTAN SEBAGAI PANELIST - INVESTMENT OPPORTUNITIES IN BORNEO
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
12/10/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

??? MESYUARAT PERBINCANGAN IBR BORNEO AWARDS 2023 - JEMPUTAN SEBAGAI PANELIST - INVESTMENT OPPORTUNITIES IN BORNEO ???? ?? Tarikh: 3 Oktober 2023 (Selasa) ? Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari ?? Tempat: Bilik Rafflesia, Tingkat 5, Sabah International Convention Centre (SICC) ????????? Pengerusi: YBhg. Datuk Madiyem Layapan (CEO Invest Sabah Berhad) ??????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM ?? Ringkasan Perbincangan: ?? Mesyuarat dimaklumkan bahawa YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan telah dijemput sebagai tetamu khas dan Panelist sempena Majlis IBR Borneo Awards yang akan diadakan pada 24 Oktober 2023 bertempat di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak. ?? Sebagai Panelist, YB Menteri dikehendaki untuk membentangkan tema bertajuk Investment Opportunities in Borneo. Antara soalan yang akan dijawab oleh YB Menteri adalah berkaitan keseimbangan keperluan pembangunan industri kelapa sawit dengan perlindungan alam sekitar di Negeri Sabah ?? Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah bagi mendapatkan input daripada Jabatan dan agensi berkaitan untuk membantu YB Menteri menjawab kepada soalan di atas. ?? Wakil JAS Sabah telah memberikan input berkaitan peranan JAS Sabah sebagai agensi penguatkuasa dan Jabatan yang mengeluarkan lesen operasi kilang kelapa sawit (KKS) di Sabah yang berperanan memastikan pematuhan semua KKS di Sabah kepada syarat-syarat lesen yang dikenakan serta pematuhan kepada AKAS 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. ?? Wakil JAS Sabah turut memaklumkan mengenai ketetapan Jemaah Menteri Kerajaan Negeri Sabah yang menetapkan bahawa semua pembangunan KKS yang baru hendaklah ditempatkan di dalam ladang kelapa sawit dengan zon penampan minimum 500 meter daripada sungai, had pelepasan efluen tidak melebihi 20 mg/L dan tiada pelepasan secara terus ke sungai (pengairan ladang). Sekian untuk makluman.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan