Penerangan
PEMBENTANGAN SECARA MAYA BERKAITAN PERMOHONAN MENJALANKAN KILANG BAGI MENGUJI SISTEM 'WASTE WATER TREATMENT PLANT' OLEH VIBRO BIOMASS ENERGY SDN BHD BERSAMA PENGARAH JAS NEGERI SABAH
???? Tarikh: 29/09/23 (Jumaat)
??? Masa: 2.30pm 3.25pm
?? Tempat: Secara atas talian
Kehadiran Vibro Biomass Energy Sdn Bhd
1. Mr Benedict Chen - Owner
2. Mr Withorn Arpanuvat - Consultant WWTP
3. Mr James Grand
4. Ms Evelyn Kinajil
5. En Ahmad Sallehin Hussein
Kehadiran JAS Negeri Sabah:
1. Pengarah Tn. Amirul
2. PKK En. Suffian Julmohamad
3. PPKK Hazelina
4. PPK En. Mohamad Zulhafizzi
5. PJ En Zulmi Simul
6. PJ En Suzaidi Ab Karim
?? Ringkasan Laporan Pembentangan:
??? Tujuan pembentangan ini adalah untuk penerangan mengenai permohonan Vibro Biomass S/B untuk menjalankan kilang bagi menguji sistem 'waste water treatment plant disamping kebenaran untuk mendapatkan EFB dari Fortuna POM
??? Pembentangan oleh Mr Benedict Chen mengenai latar belakang, progress dan juga permohonan serta perancangan Vibro Biomass S/B untuk menjalankan kilang bagi menguji sistem 'waste water treatment plant (WWTP) bagi membolehkan pematuhan Std B pelepasan effluent
??? Pembentangan oleh Mr Withorn Arpanuvat berkenaan perancangan pengujian WWTP. Secara ringkasan permohonan adalah untuk mendapatkan kebenaran menguji WWTP tanpa pelepasan effluent (run for trial with zero discharge) selama 5 bln.
KOMEN DAN ULASAN
?? Tn. Pengarah memaklumkan berkenaan dengan pematuhan dan arahan yang termaktub pada AKAS 1974. Tn. Pengarah juga memaklumkan berkaitan disiplin pihak kilang berkaitan pematuhan keatas segala peraturan dan perlaksanaan pembangunan premis ini agar tidak menimbulkan isu dikemudian hari.
?? PKK Suffian mendapatkan penjelasan berkenaan persepakatan antara Vibro Biomass dan Fortuna POM mengenai bekalan EFB, perjanjian, kuantiti penggunan EFB sebulan, dan juga pihak yg akan menerima EFB & SS cake.
?? PPKK Hazelina memberi ulasan hasil lawatan ke tapak pada 15 September 2023.
?? PJ Zulmi Simul bertanya perancangan pengurusan kolam-kolam effluent yang sedia ada
?? Ulasan akhir Tn. Pengarah:
i) Tn Pengarah mengulas mengenai Abandoned Plan yang sepatutnya dibuat oleh premis sebelum ini iaitu Seguntor Bioenergy tetapi perkara ini perlu dilakukan oleh pihak Vibro Biomas terutama isu pengurusan kolam-kolam effluent yg sedia ada, JAS Sandakan juga diminta untuk melihat secara detail perkara lain
ii) Tn Pengarah memaklumkan JAS akan memberi kerjasama dalam usaha Vibro Biomass membangunkan kembali perusahaannya memandangkan perusahaan ini merupakan aset untuk negeri Sabah dan perlu ‘dicairkan’ bagi membantu meningkat taraf ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
iii) Tn Pengarah memaklumkan persetujuan JAS untuk memberi kelulusan kepada Vibro Biomass selama 6 bulan berpandu syarat-syarat yg akan ditetapkan kemudian.
??? Tn. Pengarah mengucapkan terima kasih kepada pihak Vibro Biomass S/B dan juga pegawai-pegawai yang terlibat dalam sesi pembentangan ini