Penerangan
BENGKEL DRAF PELAN INDUK PENGURUSAN TANAH GAMBUT SERING TERBAKAR DI MALAYSIA DAN PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) PROGRAM PENCEGAHAN DAN PEMANTAUAN KEBAKARAN DI TANAH GAMBUT UNTUK MENGATASI JEREBU DI MALAYSIA
?? TARIKH : 25-27 September 2023
??? MASA : 9.00 Am - 10.00 Pm
?? TEMPAT : Hotel KSL Esplanade, Klang
ANJURAN: Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Ringkasan Program
1???. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shafe’ee bin Yasin, Pengarah Penguatkuasa yang menanggung tugas-tugas Pengarah Udara manakala majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).
2???. Bengkel ini diadakan bagi mendapatkan input dan maklumat daripada agensi dan pihak berkepentingan sebagai salah satu proses pemuktamadan Draf Pelan Induk Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar di Malaysia.
3???. Melalui bengkel ini juga pelbagai agensi yang terlibat dalam pengurusan tanah gambut telah berkongsi peranan dan tindakan masing-masing dalam aspek pencegahan dan kawalan kebakaran di tanah gambut. Selain itu, syarikat perladangan iaitu Sime Darby Plantation Berhad dan YP Plantation Holdings Sdn Bhd turut dijemput bagi berkongsi kaedah dan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak syarikat dalam mencegah kebakaran di tanah gambut.
4???. Bengkel ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri serta pihak berkepentingan dalam pengurusan tanah gambut seperti Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, JAS Negeri, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Meteorologi Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
5???. Selain itu, Pihak Global Environment Centre (GEC) yang merupakan perunding yang telah dilantik oleh JAS pada tahun 2019 dalam penghasilan Draf Pelan Induk Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar di Malaysia turut dijemput sebagai fasilitator bagi membantu dapatan input draf pelan induk ini.