Penerangan
TARIKH: 06 OKTOBER 2023 (JUMAAT)
MASA DAN TEMPAT: 2.30 PETANG (BILIK CEMERLANG, WISMA PL WP LABUAN)
Nama staf: PK NAMYD
03 OKTOBER 2023- Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan untuk memberi komitmen dan menunjukkan keprihatinan terhadap program bandar selamat yang dilaksanakan di WP Labuan. Pihak PDRM telah membentangkan Indeks Jenayah WP Labuan 2023 serta pelaksanaan program-program sosial keselamatan bagi tahun 2023. Manakala pihak Pembangunan dan Kejuruteraan Perbadanan Labuan membentangkan mengenai pelaksanaan projek pemutihan kawasan blackspot tahun 2022 yang mana ada beberapa tempat telah dipasang dengan lampu solar bagi menerangi kawasan yang dikenali sebagai blackspot . Pengerusi mesyuarat menyeru kepada agensi-agensi kerajaan untuk turut serta dalam program-program komuniti bersama masyarakat seperti penganjuran “Hari Bertemu Pelanggan?? untuk menyampaikan dan menyalurkan maklumat kepada orang awam mengenai kepentingan agensi masing-masing yang boleh menyumbangkan kepada pembentukan bandar selamat WP Labuan. Pihak Pembangunan dan Kejuruteraan Perbadanan Labuan turut memaklumkan kepada JAS mengenai tiga lokasi yang telah dipasang “weather station?? yang mana maklumat untuk alatan boleh didapati daripada aplikasi yang telah dibangunkan oleh pihak mereka dan meminta untuk melihat keselarasan data yang diperoleh oleh alatan tersebut dengan data daripada pihak JAS sendiri.
Terima Kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan