Penerangan
TARIKH: 03 OKTOBER 2023 (SELASA)
MASA DAN TEMPAT: 2.30 PETANG (BILIK MESYUARAT GERAKAN, JKR WP LABUAN)
Nama staf: PK NAMYD DAN PJ OJ
03 OKTOBER 2023- Mesyuarat pra-pembinaan ini membincangkan perkara yang merangkumi skop kontrak, taklimat projek dan taklimat teknikal oleh wakil pihak HOPT dan HODT serta pembentangan oleh pihak kontraktor . Projek ini dijangka bermula Oktober 2023 dan berakhir Mac 2026. Turut dibincangkan isu-isu berbangkit yang melibatkan komuniti setempat yang perlu diambilkira oleh pihak kontraktor sepanjang melaksanakan projek ini. Pihak agensi lain turut memberi pandangan dan ulasan mengenai projek ini antaranya Perbadanan Labuan, Jabatan Bekalan Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya. Jabatan Alam sekitar menekankan isu alam sekitar yang perlu diberi perhatian semasa projek ini berjalan yang merangkumi aspek pengurusan sisa Buangan Terjadual (BT) , pembakaran terbuka dan pencemaran lain yang mungkin terjadi semasa projek dilaksanakan.
Terima Kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan