Penerangan
???? BENGKEL HALA TUJU PERJANJIAN MALAYSIA 1963 BERKAITAN ALAM SEKITAR (PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL) DI ANTARA KERAJAAN NEGERI SABAH DENGAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (NRECC) ????
?? Tarikh: 25 - 27 September 2023 (Selasa)
??? Masa: 08.00 pagi - 05.00 petang
??? Tempat: Shangri-La, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
?? Anjuran: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Negeri Sabah
?????????????????? Kehadiran dari JAS Sabah: Tuan Pengarah JAS Sabah, PP(K)(MJJ) & PP(K)(SJ)
?? Ringkasan Bengkel:
1??? Wakil 12 agensi telah dibahagikan kepada 4 komponen interdependence iaitu perundangan, pengurusan & pengoperasian, pembangunan sistem dan pembangunan sumber manusia.
2??? Sebanyak 14 seksyen dibawah AKAS 1974 akan dicadangkan dimasukkan ke dalam EPE 2022. Manakala 5 peraturan dibawah EPE 2022 akan diwujudkan.
3??? 7 garispanduan berkaitan BT serta SOP penguatkuasaan pengurusan BT akan disediakan merujuk kepada JAS. PTO berkaitan penyiasatan pelupusan haram BT, penguatkuasaan pengimportan/ pengeksportan BT haram serta garispanduan dan senarai semak pengurusan khas BT.
4??? Pembinaan “Integtrated Waste Facility for Scheduled Waste?? di Sipitan, Sabah dirancang memperolehi kelulusan pada 2024 serta beroperasi pada tahun 2026.
5??? Pembangunan sistem pengurusan BT dijadualkan bermula pada penghujung tahun 2023 dan sistem akan tersedia pada tahun 2026. Sesi konsultasi dan perkongsian data diantara JAS bersama JPAS akan dilaksanakan sepanjang tempoh itu.
6??? Cadangan sebanyak lebih kurang 50 perjawatan bagi sektor bahan berbahaya ini disamping beberapa cadangan latihan kompetensi, latihan “in-house?? serta “Buddy System?? bersama JAS.
7??? Wakil NRECC memaklumkan bahawa kementerian akan membantu kerajaan negeri Sabah untuk bersedia dari segala aspek sebelum menerima mandat berkaitan pengurusan buangan terjadual ini sepenuhnya.
8??? YBhg. Datuk SUT KEPKAS turut optimis pada tahun 2026 mandat berkaitan pengurusan buangan terjadual ini akan terlaksana sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah