PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

??? SESI DIALOG BERKENAAN POTENSI PENJANAAN TENAGA MELALUI TEKNOLOGI SMALL MODULAR REACTOR (SMR) BERSAMA PIHAK SOUND ENGINEERING SDN BHD DAN CHINA NATIONAL NUCLEAR CORPORATION (CNNC) ??

DOE Sabah 09/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
??? SESI DIALOG BERKENAAN POTENSI PENJANAAN TENAGA MELALUI TEKNOLOGI SMALL MODULAR REACTOR (SMR) BERSAMA PIHAK SOUND ENGINEERING SDN BHD DAN CHINA NATIONAL NUCLEAR CORPORATION (CNNC) ??
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
09/10/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

??? SESI DIALOG BERKENAAN POTENSI PENJANAAN TENAGA MELALUI TEKNOLOGI SMALL MODULAR REACTOR (SMR) BERSAMA PIHAK SOUND ENGINEERING SDN BHD DAN CHINA NATIONAL NUCLEAR CORPORATION (CNNC) ?? ?? Tarikh: 21 September 2023 (Khamis) ? Masa: 9.30 Pagi - 1.00 Petang ?? Tempat: Bilik Mesyuarat, Energy Commission of Sabah (ECoS), Aras 6, Plaza Shell Kota Kinabalu ????????? Pengerusi: Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid (CEO ECoS) ????????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM ?? Ringkasan Laporan Sesi Dialog: ?? Sesi dialog dimulakan dengan sesi pengenalan syarikat Sound Engineering Sdn Bhd dan China National Nuclear Corporation (CNNC) yang seterusnya membentangkan cadangan potensi penjanaan tenaga melalui teknologi Small Modular Reactor (SMR). ?? Tujuan sesi dialog ini diadakan adalah bagi mendapatkan pandangan dan ulasan/komen daripada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, MIDE Sabah, UPEN Sabah, JAS Sabah, JPAS Sabah dan SESB. ?? Wakil JAS Sabah memaklumkan aktiviti penjanaan tenaga menggunakan bahan api nuklear adalah tertakluk di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 11(b), Perintah EIA 2015 yang mengkehendaki kajian EIA dilaksanakan dan Laporan EIA dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat di Putrajaya untuk kelulusan. ?? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan sebarang aktiviti yang melibatkan penghasilan bahan radioaktif dan pengurusan sisa radioaktif adalah dibawah kawalselia Jabatan Tenaga Atom (AELB), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Cadangan ini hendaklah dirujuk dengan pihak Agensi Nuklear Malaysia dan AELB bagi mendapatkan ulasan teknikal dan nasihat lanjut. ?? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan antara isu utama yang perlu diambil perhatian yang serius bagi cadangan ini adalah isu penghasilan, pengurusan dan pelupusan sisa radioaktif (spent nuclear fuel) yang mempunyai level ketoksikan radioaktif yang tinggi dan boleh meninggalkan kesan radioaktif sehingga ratusan tahun dengan zon impak yang luas. Cadangan tempat penyimpanan sementara sisa radioaktif dengan kapasiti penyimpanan 20 tahun untuk tujuan dihantar semula ke China perlu dikaji dengan teliti dan mendalam. ?? Wakil JAS Sabah turut berkongsikan hasil kajian berkaitan SMR daripada Stanford & University of British Columbia bertajuk "Small modular reactors produce high levels of nuclear waste", 30 Mei 2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan