Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL PEMANTAPAN PENGUATKUASAAN EIA ANJURAN BAHAGIAN PENILAIAN, JABATAN ALAM SEKITAR IBU PEJABAT
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 06/10/2023
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Bahagian Penilaian Ibu Pejabat|Putrajaya>Ibu Pejabat
Penerangan
26 SEPTEMBER 2023, PUTRAJAYA - Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penguatkuasaan EIA Bil 1/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka, JAS Ibu Pejabat pada 26 September 2023.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Rohimah binti Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian dan turut dihadiri oleh wakil daripada pegawai - pegawai Bahagian JAS Ibu Pejabat dan juga JAS Negeri.
Bengkel ini dilaksanakan bagi menyelaraskan isu-isu penguatkuasaan yang telah dibangkitkan oleh JAS Negeri susulan daripada Mesyuarat Penyelarasan EIA Siri II yang telah dilaksanakan pada 12 - 14 Jun 2023 yang lalu.
Semua ahli bengkel telah memberikan input yang berkaitan dalam usaha untuk memantapkan penguatkuasaan EIA sekaligus dapat membantu JAS Ibu Pejabat dalam menyelaraskan isu-isu yang dibangkitkan oleh JAS Negeri.
#NRECC
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama