PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KEMPEN KESEDARAN OZON SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2023 BERSAMA PELAJAR SEKOLAH RENDAH

DOE Perlis 06/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN KESEDARAN OZON SEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA 2023 BERSAMA PELAJAR SEKOLAH RENDAH
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
06/10/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

21 SEPTEMBER 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah berjaya melaksanakan Kempen Kesedaran Ozon Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 Bersama Pelajar Sekolah Rendah yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Perlis, Kangar, Perlis. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis, Encik Jamal Affendy Bin Shahar dan turut diiringi oleh Encik Muhammad Hafiz Bin Zainudin, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Turut hadir bersama adalah Yang Berhormat Tuan Wan Zikri Afthar Bin Ishak, selaku YDP Persatuan Ibu Bapa Dan Guru. Seramai 458 orang pelajar sekolah terlibat pada program kali ini. Aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah penyerahan banner 'Sayangi Ozon', pertandingan mewarna dan pertandingan reka cipta yang menggunakan bahan kitar semula. Selain itu, para peserta program ini telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian bertemakan alam sekitar oleh para pelajar. Semasa program ini dilangsungkan, 'Terowong Lestari' yang memfokuskan informasi berkaitan penjagaan alam sekitar selain mempamerkan produk daripada bahan kitar semula hasil tangan pelajar sekolah ini turut telah dirasmikan. Pameran kesedaran alam sekitar juga diadakan bagi menambahkan kemeriahan sambutan pada kali ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis amat menghargai kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Sekolah Kebangsaan Seri Perlis yang komited dalam usaha menyemai semangat cintakan alam sekitar bersama-sama Jabatan ini demi memastikan alam sekitar Negeri Perlis terus lestari. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_september2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan