PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

LAWATAN TEKNIKAL TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN) JABATAN ALAM SEKITAR KE PROJEK EAST COAST RAIL LINK (ECRL) SEKSYEN 8

DOE WP Putrajaya 06/10/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN TEKNIKAL TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN) JABATAN ALAM SEKITAR KE PROJEK EAST COAST RAIL LINK (ECRL) SEKSYEN 8
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
06/10/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Selangor>Hulu Selangor

Penerangan

25 September 2023, Gombak – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan lawatan teknikal ke Projek ECRL Seksyen 8 di Gombak bagi membincangkan status pematuhan projek kepada syarat-syarat kelulusan Laporan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Mashitah binti Darus, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar dan turut serta pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai JAS dari Bahagian Penilaian, Ibu Pejabat dan JAS Negeri Selangor. Lawatan bermula dengan membuat pemeriksaan di terowong Serendah 2 yang masih di dalam peringkat pembinaan dan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan sistem pemantauan kualiti air berterusan yang berada di sekitar Sungai Batu. Pihak China Communications Construction Company (CCCC) Sdn. Bhd. dan Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd. telah diingatkan supaya memastikan pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan Laporan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 diteruskan semasa peringkat operasi. #NRECC #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan