Penerangan
27 September 2023, Shah Alam – Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat telah menganjurkan Bengkel Training for Trainers (TOT) Bagi Sistem Aplikasi ESDR Siri IV bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam bermula pada 25 hingga 27 September 2023. YBrs Puan Rohimah Binti Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian, Jabatan Alam Sekitar telah menyampaikan sijil kepada semua pegawai JAS yang telah menghadiri bengkel TOT ini.
Bengkel ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan latihan kepada pegawai-pegawai JAS yang baharu terlibat dalam penilaian Laporan EIA, Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan input Pembangunan berkenaan penggunaan sistem ESDR. Latihan tersebut telah dikendalikan oleh pihak Geoinfo Services Sdn. Bhd.
Bengkel TOT kali ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta dari Bahagian Penilaian, Bahagian Teknologi Maklumat dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri. Dengan latihan yang telah diberikan diharap pegawai-pegawai JAS dapat memahami sepenuhnya sistem ESDR ini dan menggunapakai sistem ini dalam menjalankan tugas bagi meningkatkan kualiti kerja dan penyampaian kepada pelanggan JAS.
#NRECC
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama