Penerangan
TARIKH: 29 SEPTEMBER 2023
MASA DAN TEMPAT: BILIK MUSYUARAT KURAMAN, IBU PEJABAT LAUT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
Nama staf: PENGARAH YY DAN PJ JA
29 SEPTEMBER 2023- Jabatan Laut WP Labuan mempelawa semua agensi termasuk JAS WP Labuan untuk bersama-sama menjayakan satu latihan tumpahan minyak yang dicadang akan berlangsung pada 25-26 oktober 2023. Antara objektif latihan ini adalah untuk mempertingkatkan persediaan bagi menangani tumpahan minyak di laut, untuk meningkatkan dan mengwujudkan sikap kerjasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan dalam menjaga alam sekitar dan mengkaji keberkesanan Pelan Tindakan Tumpahan Minyak yang sedia ada. Ceramah berkaitan Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak oleh JAS HQ, ceramah Pelan Pembersihan Pantai oleh Perbadanan Labuan dan sesi perkongsian oleh beberapa agensi lain akan dibuat pada hari pertama latihan. Pada hari kedua latihan peserta akan dibawa untuk melihat simulasi tumpahan di laut terbuka dari atas kapal. Mesyuarat kedua mengenai perkara ini akan dibuat pada 10 oktober 2023.
Perkara di bangkit oleh JAS Labuan:
1) Akan menghantar surat kepada Jabatan Kastam Labuan untuk memberi senarai kemudahan pelabuhan jati di WP Labuan.
2) JAS Labuan akan mengeluarkan NA kepada semua kemudahan pelabuhan jeti untuk sediakan ERP.
Terima Kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan