Penerangan
Tarikh: 25 September 2023 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi-3.00 petang
Tempat: Bahagian Bekalan Air WP Labuan
Kehadiran Pegawai: PK NAMYD, PPK MMA DAN MYSTEP NAA
25 SEPTEMBER 2023- Program Hari Bertemu Pelanggan merupakan salah satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Bahagian Bekalan Air Labuan bersama dengan Majlis Perwakilan Penduduk dan Dewan-dewan Perniagaan WP Labuan dan sekolah serta agensi yang terlibat. Pihak Bahagian Bekalan Air Labuan telah menjemput pihak JAS WP Labuan untuk turut serta membuka ‘booth’ kaunter sempena Program Hari Bertemu Pelanggan . Booth Pameran daripada pelbagai agensi seperti Bahagian Bekalan Air, Indah Water Konsortium, Jabatan Bantuan Guaman WP Labuan dan sebagainya turut dibuka yang memberi manfaat bagi memudahkan penyaluran sebarang aduan, permasalahan dan saranan terus kepada jabatan yang terlibat oleh orang awam. Selain itu , terdapat aktiviti taklimat dan ceramah berkaitan dengan isu air turut diadakan semasa program berlangsung.Terima Kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan