PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PANEL JURI PERTANDINGAN PCG BE GREEN 2023 ANJURAN PETRONAS

DOE WP Labuan 06/10/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PANEL JURI PERTANDINGAN PCG BE GREEN 2023 ANJURAN PETRONAS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
06/10/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 21 September 2023 (Khamis) Masa: 1.45 petang-4.30 petang Tempat: Dewan Serbaguna, Bangunan Pentadbiran, Loji 1, Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Rancha-Rancha, 87010 Wp Labuan. Kehadiran Pegawai: PK NAMYD DAN MYSTEP NAA 21 SEPTEMBER 2023- Petronas Chemicals Methanol Labuan telah menjemput pihak JAS untuk menjadi salah seorang panel juri bagi penilaian untuk dua (2) pertandingan iaitu Produk Inovatif 3R dan Video Kreatif yang dianjurkannya dalam program PCG BE GREEN 2023. Pembentangan hasil produk kreatif dan inovatif yang menggunakan modul BE GREEN serta pembentangan video mengenai Aktiviti Kelestarian di sekolah telah dibentangkan oleh empat (4) buah sekolah yang terdiri daripada SMK Labuan, SM ST.Anne, SM ST. Anthony dan SM Taman Perumahan Berdaun. Aspek penilaian merangkumi pembentangan produk, kreativiti dan inovasi serta penggunaan plastik untuk pertandingan Produk Inovatif 3R manakala untuk Video Kreatif merangkumi tajuk dan kreativiti video yang dipamerkan. Terima Kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan