Penerangan
18 – 20 September 2023, Melaka – JAS WPKL telah diundang sebagai ahli dalam satu sesi libat urus penyelarasan pengawasan kualiti air dan kontingensi tumpahan minyak kebangsaan tahun 2023 telah dianjurkan oleh Bahagian Air dan Marin, Ibu Pejabat JAS. Sesi ini telah melibatkan semua Jabatan Alam Sekitar seluruh negara.
Sesi Libat Urus ini diadakan bertujuan untuk membincangkan penyelarasan dan pemantapan aktiviti pengawasan kualiti air, Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (Environmental Quality Monitoring Programme, EQMP) Komponen Air dan penyelarasan aktiviti berkaitan kontigensi tumpahan minyak.
Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menghantar 2 orang wakil daripada Unit Aduan dan Unit Pengawasan. Agenda yang dibincangkan dalam sesi libat urus ini meliputi pengawasan kualiti air sungai, pengawasan kualiti air marin, pembangunan sumber air, pengawasan air tanah, kontingensi tumpahan minyak dan audit beban pencemaran.