PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS ASAP HITAM: JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN BERSAMA BAHAGIAN TRAFIK IBU PEJABAT DAERAH (IPD) NILAI, NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 30/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS ASAP HITAM: JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN BERSAMA BAHAGIAN TRAFIK IBU PEJABAT DAERAH (IPD) NILAI, NEGERI SEMBILAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/09/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Nilai, Negeri Sembilan telah menjalankan operasi melalui OPS ASAP HITAM bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam. Sebanyak 50 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual, 15 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian ini terdapat kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Kompaun dan perintah larangan telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan. JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Nilai, Negeri Sembilan atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan