Penerangan
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PRA PELANCARAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA STESEN JANAKUASA TUANKU MUKHRIZ (SJTM).
23 September 2023, Port Dickson- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz, telah mengadakan Program Pra Pelancaran Hari Alam Sekitar Negara (HASN).
Seramai 150 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai JAS, SJTM, SJTJ, dan wakil-wakil ketua jabatan Negeri Sembilan. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Hamzah bin Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Tema yang diketengahkan setiap tahun sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang bertemakan “Alam Tanggungjawab Bersama?? ini berpaksikan kepada satu matlamat iaitu untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan seluruh rakyat khususnya di Negeri Sembilan untuk menjadi rakyat yang bersama-sama memikul tanggung jawab menjaga alam sekitar.
Sambutan HASN menyasarkan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak tadika, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), badan-badan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat, agensi kerajaan dan swasta, industri dan orang awam dalam program-program yang dianjurkan. Aktiviti yang dijalankan pada program Pra Pelancaran HASN adalah seperti Aktiviti Memancing dan Aktiviti Kutip Sampah dan Riadah (Kudah) di kawasan SJTM.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pra-pelancaran HASN.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#AlamSekitarTanggungjawabBersama