PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS BERSAMA AGENSI BERKEPENTINGAN BAGI MENGEMASKINI PELAN TINDAKAN PEMBERSIHAN PANTAI AKIBAT TUMPAHAN MINYAK ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 30/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS BERSAMA AGENSI BERKEPENTINGAN BAGI MENGEMASKINI PELAN TINDAKAN PEMBERSIHAN PANTAI AKIBAT TUMPAHAN MINYAK ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/09/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Port Dickson

Penerangan

JAS Negeri Sembilan telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Agensi Berkepentingan Bagi Mengemaskini Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Akibat Tumpahan Minyak. Sesi ini telah diadakan di Grand Lexis, Port Dickson dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Rozitta binti Sulaiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Pengurusan). Sesi libat urus ini diadakan bertujuan untuk melakukan semakan ke atas Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) Akibat Tumpahan Minyak Peringkat Negeri Sembilan dengan mengambil kira elemen-elemen penambahbaikan yang terkini sekaligus memberikan pendedahan kepada agensi berkepentingan berhubung pelan tindakan dan teknik-teknik pembersihan pantai. Sesi taklimat berkaitan pelan tindakan, strategi melawan tumpahan minyak di laut serta teknik pembersihan pantai yang dicemari minyak turut diadakan dan disampaikan oleh Encik Mohd Asri bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah JAS Negeri Sembilan dan Encik Muhammad Nadzir bon Nordin, pegawai Petroleum Industry of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG). Pihak urus setia merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang hadir pada sesi libat urus ini. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi libat urus ini berlangsung dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan agensi yang terlibat. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasn9 #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan