Penerangan
SEREMBAN -Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Seremban, Negeri Sembilan telah menjalankan operasi melalui OPS ASAP HITAM bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam.
Operasi telah dijalankan di Jalan Seremban - Sendayan yang telah disertai oleh enam (6) pegawai penguatkuasa JAS Negeri Sembilan.
30 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual, 15 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian ini terdapat kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
Kompaun dan perintah larangan telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan.
JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Seremban, Negeri Sembilan atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama