Penerangan
Tarikh: 20-22 September 2023
Tempat: Noble Resort Hotel, Melaka.
Perasmi: Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin.
Peserta: Seramai 45 orang peserta temasuk urusetia telah hadir yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, agensi swasta, pemegang-pemegang taruh dan pihak perunding iaitu wakil-wakil Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Jabatan Alam Sekitar Selangor, Jabatan Alam Sekitar Johor, Jabatan Alam Sekitar Melaka, Jabatan Alam Sekitar Kedah, Jabatan Alam Sekitar Sabah, Institut Alam Sekitar Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Lembaga Pelabuhan Johor, Lembaga Pelabuhan Klang, Lembaga Pelabuhan Melaka, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Lembaga Pelabuhan Kemaman, Lembaga Pelabuhan Bintulu, Tanjung Bruas Port Sdn. Bhd., Kuantan Port Corsortium, Sea Hibiscus Sdn. Bhd., PETRONAS, PIMMAG, Heng Yuan Refinery Company, Pandan Technology Resources Sdn. Bhd., Asian Supply Base Sdn. Bhd., TAG Marine, Linggi Base Sdn. Bhd. dan Sharina Shaukat And Partners Sdn. Bhd.
Objektif : untuk mendapatkan maklum balas daripada agensi yang terlibat dengan pengurusan insiden tumpahan minyak bagi membolehkan mekanisma pengurusan kawalan pencemaran minyak dan pelaksanaan pematuhan pelan tindak balas kawalan tumpahan minyak di laut dibangunkan dan juga untuk membangunkan mekanisma pelaksanaan audit peralatan kawalan tumpahan minyak dan kesiapsiagaan personel di peringkat Tier 1 pelabuhan, kemudahan minyak dan gas bagi meningkatkan kecekapan serta keupayaan pegawai JAS dalam menguatkuasakan AKAS 1974.