Penerangan
ALOR SETAR,20 September 2023 –Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah mengadakan Program Libat Urus Semakan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) Negeri Perlis bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah pada 19 - 20 September 2023 yang melibatkan 45 orang peserta dari agensi Kerajaan Negeri Perlis dan Persekutuan.
Program ini memfokuskan pengemaskinian dokumen PTPP sedia ada
untuk diselaraskan dengan Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Malaysia (MOSCoP) dan Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MOWReP) yang dikeluarkan oleh Ibu pejabat JAS.
Antara fokus perbincangan semasa sesi libat urus ini adalah kawasan-kawasan sensitif alam sekitar di sepanjang persisiran pantai di Negeri Perlis termasuklah jenis tumbuhan dan hidupan liar, kaedah pembersihan kawasan pantai berlumpur dan kemaskini pelan komunikasi tindakan semasa insiden.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis berharap Pelan Tindakan Pembersihan Pantai Negeri Perlis yang dikemaskini menjadi dokumen panduan kepada agensi dan Jabatan dalam memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tumpahan minyak di pantai dapat ditangani secara berkesan.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_september2023