PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 30/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN KEMAMAN, 1 SEPTEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran. Rondaan dan pemantauan telah dilakukan sekitar Chukai, Jakar, Geliga, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Kemasik, kertih dan Kawasan Perindustrian Kertih. Hasil rondaan dan pemantauan di Kawasan Perindustrian Jakar dan Kerteh mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan dikesan di sekitar kawasan tersebut. Pemantauan di kawasan persisir pantai Kuala Kemaman menunjukkan tiada sebarang tarball dan tumpahan minyak dikesan. JAS Terengganu cawangan Kemaman akan terus bersiap sedia bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini dapat dicegah demi memastikan kesejahteraan orang awam terjamin. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan