Penerangan
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN
KEMAMAN, 8 SEPTEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan Bukit
Kuang,Kijal,Kemasik,Kerteh,Kg.Labohan,Kawasan Perindustrian Kertih,Kerteh Bio-Polymer Park,Teluk Kalong,Gong Pauh dan Gong Limau.Tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan.Poster Larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi berkenaan sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja berhubung kesalahan tersebut.
Rondaan dan pemantauan di Kawasan Perindustrian Kertih dan Taman Industri Boipolimer mendapati tiada sebarang aktiviti mencurigakan dikesan di sekitar kawasan tersebut.
Pemantauan di kawasan persisir pantai Kuala Kemaman menunjukkan tiada sebarang tarball dan tumpahan minyak dikesan
JAS Terengganu cawangan Kemaman akan terus bersiap sedia bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini dapat dicegah demi memastikan kesejahteraan orang awam terjamin.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama