Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DAPAT CEGAH PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 2 SEPTEMBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran.
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan sekitar Manir, Bukit Besar, Bukit Payong, Ajil, Wakaf Tapai, Kuala Berang, Telemong dan Wakaf Mempelam mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui.
Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dilakukan di kawasan longgokan pengumpulan sisa yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka.
Kawasan Perindustrian Ajil dan sekitar kawasan perindustrian Hulu Terengganu menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut.
Pasukan rondaan turut membuat pemantauan pencemaran pantai bermula di kawasan pantai di Chendering sehingga Rusila, Marang dan mendapati tiada pencemaran tarball dikesan di kawasan pantai tersebut.
Pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah Hulu Terengganu mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka berlaku.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama