Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DAPAT CEGAH PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 2 SEPTEMBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran.
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, pasukan penguatkuasa menemui longgokan pokok-pokok yang telah ditebang dan satu longgokan pembakaran terbuka untuk pembersihan tanah.Tindakan menampal poster larangan pembakaran terbuka telah dilakukan sebagai amaran keras agar aktiviti ini tidak diteruskan.
Pemantauan ini juga melibatkan Kilang Sawit Sg Tong, Setiu. Tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan.
Selain itu rondaan di Tapak Pelupusan Sampah Kg Sungai Ikan, Kuala Terengganu juga tiada pembakaran terbuka dikesan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama