Penerangan
RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DAPAT CEGAH PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 8 SEPTEMBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran.
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Tiada pembakaran terbuka semasa rondaan dilakukan.
Walau bagaimanapun beberapa longgokan timbunan pokok daripada aktiviti pembersihan tanah telah dijumpai di Batu 7 Dungun,Pemasangan banner Larangan Pembakaran Terbuka dilakukan di kawasan longgokan tersebut.
Pemantauan di kawasan Tapak Pelupusan Sampah Bukit Lat, Dungun. Tiada pembakaran terbuka di kawasan tersebut.
Pemantauan di Check Dam di Batu 7 Dungun, tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan. Check Dam berkeadaan baik.
Pemantauan premis telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Dungun dan Kawasan Perindustrian Chendering. Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan.
Kesiapsiagaan JAS Terengganu dalam mencegah pencemaran demi memastikan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama