PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DAPAT CEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 30/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DAPAT CEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN DAPAT CEGAH PENCEMARAN KUALA TERENGGANU, 9 SEPTEMBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran. Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan sekitar Kuala Terengganu, Gong Badak, Bandar Baru Kuala Nerus,Batu Rakit,Telaga Papan,Saujana, Guntung Permaisuri, Sungai Tong, Belara. Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan. Walau bagaimanapun banner larangan pembakaran terbuka di kawasan pembersihan tanah di Kg Guntung Dalam, Setiu telah dilakukan sebagai amaran keras tentang kesalahan tersebut. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang dan juga pemanatauan di Pantai Rhu Sepuluh juga dilakukan. Tiada penemuan kes-kes pencemaran dan mencurigakan berlaku. JAS Terengganu sentiasabersiap siaga dalam mencegah pencemaran demi memastikan kesejahteraan orang awam menjadi keutamaan. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan