PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU OPTIMIS DAPAT CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN DENGAN MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN

DOE Terengganu 30/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU OPTIMIS DAPAT CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN DENGAN MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU OPTIMIS DAPAT CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN DENGAN MENJALANKAN RONDAAN DAN PEMANTAUAN BERTERUSAN KUALA TERENGGANU, 1 SEPTEMBER 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran. Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan sekitar Kuala Ibai, Chendering, Rusila, Bukit Payong, Ajil, Wakaf Tapai, Merchang, Kuala Abang, Kuala Dungun mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka. Pemasangan banner telah dipasang di kawasan longgokan pengumpulan sisa yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka. Rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kawasan perindustrian. Pasukan rondaan membuat pemantauan pencemaran pantai bermula di kawasan pantai Kelulut, Marang sehingga ke pantai Kuala Abang, Dungun dan mendapati tiada pencemaran tarball dikesan di kawasan pantai tersebut. Pemantauan Check Dam di kawasan perindustrian Batu 7, Dungun mendapati bacaan takat air berada dalam keadaan baik. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan