PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Institut Alam Sekitar Malaysia|Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 28 SEPTEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kawasan rondaan melibatkan sekitar  Chukai, Binjai, Seberang Tayor, Air Putih, Sg Banhui, Seri Bandi, Kg Chabang, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Kemasik, kertih dan  Kawasan Perindustrian Kerteh. Hasil rondaan menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dipasang di kawasan Padang Kubu kerana terdapat longgokan sisa yg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka. Pemantauan di Kawasan penempatan kilang-kilang juga mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang juga dilakukan tiada aktiviti abnormal semasa pemantauan dijalankan ke atas premis-premis tersebut. Selain itu pemeriksaan di Kawasan tanah gambut yang sering terbakar didapati infrastruktur check dam berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Kesiap siagaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi mencegah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan