PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 28 September 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu,  hari ini, Jumaat. Rondaan dilakukan di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Merchang, Rantau Abang, Dungun,Paka,Santong,Rasau,Jerangau dan ,Ajil. Tiada pembakaran terbuka semasa rondaan dilakukan. Beberapa longgokan timbunan pokok daripada aktiviti pembersihan tanah di Pulau Kerengga, Marang ditemui. Pemasangan banner larangan  pembakaran terbuka dipasang di kawasan longgokan  tersebut. Selain itu siasatan aduan pembakaran di Kg Gong Pasir, Dungun didapati berasas dengan kesan pembakaran berskala kecil dikesan. Amaran keras kepada pelaku agar aktiviti tidak pembakaran terbuka tersebut tidak berulang. Rondaan dan pemantauan turut di jalankan di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Ayak, Paka dan pemeriksaan ke atas Check Dam di Batu 7 Dungun berada  dalam keadaan baik. Pemantauan premis di Kawasan Perindustrian  Dungun mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan ditemui #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan