Penerangan
KUALA TERENGGANU, 30 September 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, hari ini, Jumaat.
Kawasan rondaan di sekitar Kuala Nerus, Setiu, Besut mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai.
Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dipasang di Kg. Gong Batu, Setiu kerana pasukan penguatkuasa JAS Terengganu telah menemui longgokan sisa yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka.
emantauan di kawasan Perindustrian Gong Medan, Besut dan Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut.
Pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah Sg. Ikan, Kuala Nerus, tiada keadaan yang abnormal dikesan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama