Penerangan
KUALA TERENGGANU, 23 September 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, hari ini, Jumaat.
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Terengganu ,Marang, Hulu Terengganu dan Dungun. Tiada pembakaran terbuka dikesan
Selain itu siasatan aduan kg Sura, Dungun didapati berasas dengan penemuan kesan bakar sisa binaan Amaran keras telah diberikan kepada individu terlibat dan risalah larangan pembakaran terbuka dan banner telah dipasang di Kawasan berkenaan agar kejadian tersebut tidak berulang.
Rondaan membuat pemantauan juga dilakukan di Kawasan Perindustrian Chendering dan Kawasan Perindustrian Bukit Kor. Tiada sebarang pencemaran dikesan.
Pemantauan di Kawasan tapak pelupusan sampah dan kawasan pantai juga dilakukan tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada sebarang penemuan tarball dan tumpahan minyak ditemui.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama